Akmal Hadi Headline Animator

15 April 2013

Kata-Kata Mutiara Mario Teguh 4

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Wanita yang cantik tanpa peribadi
yang mulia ,umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan
sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan
tentang anda, tetapi apa
yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi
yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.

Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di
padang pasir betapa pun jua
empuknya pasir itu -Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula
dari satu langkah.- Lao Tze

Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya.

Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Saya percaya, esok sudah tidak boleh
mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah
apa yang akan terjadi pada hari esok
Jika anda sedang benar, jangan
terlalu berani dan bila anda sedang
takut, jangan terlalu takut. Karena
keseimbangan sikap adalah penentu
ketepatan perjalanan kesuksesan anda

Kembali                                                             Lanjutkan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar